Sunday, 18 December 2011

Kampungku Kampung Pamilaan Tenom.

Kampung Pamilaan merupakan salah satu kampung yang terletak dalam kawasan daerah Tenom.Anggaran jarak diantara Pekan Tenom dengan Kampung Pamilaan ini adalah lebih kurang 24-26KM.Rata-rata penduduk kampung pamilaan ini adalah berbangsa Dusun.

Sejarah awal Kampung Pamilaan:

1. Menurut hasil Temubual dan cerita2 daripada orang tua-tua, penduduk awal yang mendiami kawasan ini adalah masyarakat Murut dan migrasi penduduk Dusun terutamanya dari Tambunan telah datang dan menduduki kawasan ini. Oleh kerana kawasan ini adalah majoritinya dihuni oleh kaum Murut, kebetulan pula pada masa tersebut terdapat ramai wanita cantik maka wujudlah satu persepsi masyarakat bahawa kawasan ini adalah tempat yang sesuai untuk memilih wanita cantik. Dalam bahasa Dusun, kata tersebut difahami dengan sebutan 'POMILIAN' iaitu sinonim dengan ramainya pilihan wanita cantik tersebut. Namun, setelah hari berganti hari, minggu berganti minggu, semakin membesar puak kaum dusun di kawasan ini dan secara perlahan-lahan kawasan ini semakin menjadi perkampungan Orang dusun. Maka, lama kelamaan daripada kata 'POMILIAN' ianya terus berubah mengikut sebutan dan kebiasaan panggilan orang kampung maka jadilah ia Kampung Pamilaan. Untuk keterangan lanjut boleh bertanya kepada KK Johnny Borok.

2. Terdapat juga sesetengah pihak yang menyatakan bahawa nama 'Pamilaan' ini adalah berdasarkan kepada sungai yang dipanggil 'TAILAAN'. Sumber ini adalah berdasarkan kepada sumber lisan yang dwarisi turun temurun dan disampaikan dari mulut ke mulut. Kebenaran fakta ini tidak diketahui namun ianya adalah satu sejarah Kampung Pamilaan yang perlu dan patut kita semua hormati.

Agama:

Secara keseluruhannya, masyarakat Kampung Pamilaan mengamalkan dan menganuti ajaran agama Kristian iatu Roman Katolik. Boleh ditafsir bahawa terdapat dalam 92% adalah Krisitian, 8% adalah Islam.

Bahasa:


Bahasa pertuturan adalah bahasa dusun dan Melayu. Namun, hampir 98% adalah penggunaan bahasa dusun sebagai bahasa pertuturan sepenuhnya dirumah.

Bahagian2 Kampung:

Kampung Pamilaan mempunyai beberapa cabang yang mempunyai nama kawasan masing-masing:
1.Sawa
2.Tebobon
3.Tailaan
4.Lologubon

Pemimpin Kampung:


1.KK.Johnny Borok.
2.JKKK.Deivin Kaling.
3.JKKK.Jasri Ejah
4.PKR.Balasius Masuning